27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Kerajaan Perpaduan tumbang jika kalah PRN mengarut!

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA jangkaan mengatakan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang sekiranya Kerajaan Perpaduan berhadapan dengan kekalahan dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini adalah mengarut.

Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang berkata, ini kerana janji dari pemimpin parti dari Sabah dan Sarawak untuk tidak menumbangkan kerajaan di peringkat persekutuan telah menunjukkan semua jangkaan dari parti Perikatan Nasional (PN) hanyalah sembang mengarut semata-mata.

“Bagaimanapun, tidak ada keraguan yang kemenangan untuk Kerajaan Perpaduan Anwar akan mengukuhkan dan meningkatkan kemungkinan kejayaan untuk negara kita ditetapkan semula hala tujunya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua pihak sama ada Pakatan Harapan (PH) atau PN telah menyatakan keyakinan untuk memenangi PRN di negeri-negeri yang menjadi kubu kuat masing-masing selama ini.

“Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, yakin PH boleh menang sekurang-kurangnya 33 kerusi dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bulan hadapan, dan tidak mengetepikan kemungkinan kemenangan majoriti dua pertiga.

Advertisements

“Tetapi, gabungan PN juga yakin untuk membentuk Kerajaan Negeri Selangor yang akan datang. Perkara yang sama juga terpakai di Pulau Pinang.

“Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengatakan boleh menang “hampir 20 kerusi” di Pulau Pinang dan tidak menolak kemungkinan untuk memenangi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, manakala gabungan penyandang sedia ada berharap untuk memenangi majoriti dua pertiga di DUN Pulau Pinang.

“Namun, apa yang jelas adalah, tidak kiralah apa pun keputusan enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini, Kerajaan Perpaduan Anwar di peringkat persekutuan tidak akan tumbang,”katanya.

Malah, katanya satu Sidang Khas Parlimen akan berlangsung pada September selepas PRN di enam negeri berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan