32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Conteng wajah PM satu politik ekstrem – Mahdzir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN tidak bermoral menconteng wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada papan iklan di beberapa kawasan di negeri Kedah disifatkan sebagai permainan politik ekstrem dan tidak sepatutnya berlaku.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, politik melampau seumpama itu membahayakan dan tidak boleh diberi tempat di dalam negara ini.

“Kalau kita tak suka pun, ada had yang tidak boleh dilanggar. Sebab itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkali-kali mengingatkan mengenai kenyataan 3R yang merujuk agama, kaum dan raja agar tiada pihak yang melangkaui batas.

“Kita takkan aman kalau bawa politik melampau sebaliknya perlu sentiasa bersikap rasional. Semua ini perlu bermula dengan kepimpinan tetapi kadang-kadang ada pemimpin buat kenyataan yang berbentuk menghasut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut disertai barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri di Bangunan Tunku di Alor Setar, hari ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kubang Pasu dan Kulim dengan pihak polis sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 423 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Advertisements

Jelas Mahdzir, kebencian dalam politik perlu ada hadnya agar tidak membawa kemusnahan kepada negara.

“Jangan salahkan pihak berkuasa kalau buat siasatan bawah Akta Hasutan.

“Nak conteng bagi tunjukkan sikap ekstrem ini sudah tak boleh diterima kerana kita berada pada 2023 di mana orang semua bercakap tentang kecerdasan buatan (AI) dan dunia digital tetapi kita masih lagi nak bawa politik melampau,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar mendesak polis segera mengambil tindakan kepada pihak yang melakukan perbuatan khianat itu.

“Ini satu perbuatan khianat yang tak boleh dibiarkan. Takkanlah kita nak ulang semula politik era 60-an atau 70-an pada zaman ini?

“Sepatutnya kita mengamalkan politik matang serta saling menghormati antara satu sama lain. Pihak polis harus segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pelakunya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan