30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Safuwan kembali perkuat Selangor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN tengah antarabangsa Singapura, Safuwan Baharudin kembali menyertai Selangor FC selepas meninggalkan Negeri Sembilan secara persetujuan bersama.

Kepulangan Safuwan amat dinantikan Selangor kerana karisma yang dimiliki bekas pemain pertahanan Melbourne City itu mampu memberikan kekuatan terutamanya di posisi pertahanan.

Safuwan berkata, beliau gembira menerima tawaran kembali ke Selangor dan berharap penyokong akan menerima kepulangannya.

“Saya ada menerima beberapa tawaran dari Liga Thailand tetapi setelah berhubung dengan kedua ibu bapa, mereka menyarankan saya terus kekal di Liga Malaysia untuk baki enam bulan terakhir musim ini bersama Selangor.

“Antara yang menarik minat saya untuk kesini adalah saya belum pernah bermain di bawah kendalian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe. 

“Selain itu, hubungan dengan rakan sepasukan Gergasi Merah akan membantu dari segi komunikasi kerana separuh daripada pasukan merupakan rakan sepasukan sebelum ini,” katanya menerusi laman web rasmi Selangor hari ini.

Advertisements

Safuwan beraksi untuk Selangor selama tiga musim dengan 37 penampilan sepanjang menyarung jersi pasukan.

Namun, kecederaan pada enam bulan terakhir musim lalu memaksanya membuat keputusan keluar daripada pasukan demi kebaikan diri dan juga kelab.

Sementara itu, apabila ditanyakan tentang posisi pilihan, Safuwan berkata, segalanya terletak kepada perancangan ketua jurulatih kerana dia tidak kisah beraksi di mana-mana posisi.

“Jika pasukan mahu saya beraksi di posisi tersebut bagi membantu memperkuatkan lagi pasukan, saya akan berikan yang terbaik. 

“Sebelum ini saya pernah bermain di pelbagai posisi, pertahanan kanan, pertahanan tengah, pemain tengah mahupun penyerang, jadi saya lihat ia bukanlah satu masalah besar jika saya ditugaskan untuk bermain di posisi yang ditetapkan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan