33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tindakan terhadap Sanusi bertentangan janji reformasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN undang-undang terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bertentangan dengan janji reformasi yang dilaungkan Kerajaan Perpaduan sebelum ini, termasuk mahu menghapuskan Akta Hasutan.

Sebaliknya Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu semakin galak menggunakan instrumen undang-undang untuk menekan lawan politik mereka.

“Inilah wajah sebenar mereka untuk ditatap oleh rakyat. Ini sama sekali bertentangan dengan janji reformasi yang dilaungkan oleh mereka dahulu termasuk untuk menghapuskan Akta Hasutan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, dasar dan prinsip perjuangan PN yang utama ialah untuk menjunjung, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.

“Prinsip ini akan terus dipertahankan,” katanya yang juga Presiden Bersatu.

Sehubungan itu, beliau berdoa agar Pengarah Pilihan Raya PN itu mendapat keadilan di mahkamah serta mengajak seluruh rakyat bermunajat mendoakan keselamatan serta ketenangan kepada Sanusi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan