34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

DBKL arah tiga premis makanan kotor ditutup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA premis makanan di sekitar Jalan Berangan/Jalan Angsoka, Bukit Bintang diarah tutup serta-merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana didapati kotor.

Arahan tersebut dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan UUK 28(1) UUKPPM (WPKL) 2016 selepas Operasi Khas Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL menerusi kenyataan berkata, tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap premis-premis terbabit kerana gagal mematuhi kehendak-kehendak kesihatan.

“Antara kesalahan dikenalpasti adalah perangkap minyak tidak diselenggara dengan sempurna; tiada suntikan typoid dan Kursus Asas Pengendali Makanan; lantai dapur kotor dan berdaki hitam.

“Selain itu, rak dan perkakas kotor, berdaki hitam dan tidak diselenggara; bahagian belakang premis terdapat limpahan air kumbahan yang mengalir ke laluan awam dan berbau busuk; dan terdapat sampah-sarap di lorong belakang premis yang dibiarkan tanpa dibersihkan,”katanya.

DBKL berkata, dalam operasi itu juga, sejumlah sembilan premis telah dilawati dan diperiksa.

Advertisements

“Hasil daripada pemeriksaan, enam premis turut dikenakan tindakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016,”katanya.

DBKL berkata, pihaknya akan meneruskan tindakan seumpama ini dari semasa kesemasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak-kehendak kesihatan yang telah ditetapkan.

“Orang awam disaran memberi kerjasama dengan menyalurkan aduan ke ADU@KL jika terdapat premis makanan yang berada pada tahap yang tidak memuaskan.

“DBKL juga akan meminta kerjasama pihak Indah Water Konsortium dan SW Corp bagi memastikan lurang-lurang dan lorong belakang yang kotor dapat dibersihkan dengan kadar segera,”katanya.

Operasi oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL itu diketuai pegawai penguatkuasa, Nazeri Ibrahim dengan kekuatan 13 orang kakitangan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan