27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Projek plaza tol Genting: Bukan jalan diwartakan jalan persekutuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROJEK pembinaan plaza tol di Jalan Gohtong Jaya, Genting Highland bukan di bawah bidangkuasa Kementerian Kerja Raya (KKR) atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kerana ianya bukan jalan yang diwartakan sebagai jalan persekutuan.

LLM menerusi kenyataan berkata, jalan tersebut adalah merupakan jalan persendirian dan tidak berkaitan dengan Lebuhraya bertol Kuala Lumpur – Karak (KL-Karak).

LLM berkata demikian merujuk kepada tularnya gambar pembinaan plaza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya baru –baru ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman dilaporkan projek pembinaan plaza tol di Jalan Gohtong Jaya, Genting Highland tidak membabitkan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR).

Malahan katanya, LLM dan KKR tidak dimaklumkan mengenai perkara itu namun beliau telahpun mendapat pengesahan mengenai usaha pembinaan plaza tol terbabit pada 13 Oktober lalu.

Advertisements

Baru-baru ini, tular gambar pemasangan sebuah struktur di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, sekali gus mendapat perhatian warganet yang membuat spekulasi berkemungkinan plaza tol bakal dibangunkan di situ.

Memetik laporan Sin Chew Daily, jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd mengesahkan pelaksanaan tol itu.

Syarikat tersebut akan mengendalikan tol, namun pemandu hanya dikenakan bayaran semasa ke Genting Highlands dan bukan ketika menuruni kawasan tanah tinggi itu.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat berkenaan tidak dapat mengesahkan tarikh pelaksanaan dan kadar tol yang akan dikenakan. –Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kumpulan Richiamo umum penstukturan jawatan baharu

KUMPULAN Richiamo Sdn Bhd mengumumkan penstrukturan syarikat dengan melibatkan pertukaran dan pelantikan baru bagi mengetuai anak-anak syarikat yang ditubuhkan...

Lagi Artikel Berkaitan