25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bayern tewaskan Dortmund, permulaan sempurna Tuchel

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

THOMAS Tuchel memulakan debut sebagai pengurus baharu Bayern Munich dengan bergaya selepas menewaskan Borussia Dortmund 4-2 di Arena Allianz awal pagi tadi.

Kemenangan itu telah membawa Bayern memintas seteru tradisi mereka itu untuk berada di kedudukan teratas Bundesliga.

Aksi Der Klassiker yang menandakan perseturuan antara Bayern Munich dan Borussia Dortmund sentiasa menjadi perhatian.

Bayern bermula garang di separuh masa pertama perlawanan dengan Gregor Kobel terjaring bola ke gawang sendiri sebelum Thomas Muller meledakkan dua gol untuk Bayern mendahului 3-0 untuk tempoh 23 minit pertama.

Kingsley Coman kemudian menambah derita Dortmund dengan jaringan selepas lima minit babak kedua bersambung untuk melebarkan kelebihan Bayern 4-0.

Dortmund berjaya merapatkan jurang hasil jaringan penalti Emre Can pada minit ke-72 dan gol Donyell Malen pada minit ke-90.

Kekalahan Dortmund dalam Klassiker ini merupakan pertama dalam saingan liga sejak November lalu.

Tuchel menggantikan Julian Nagelsmann ketika waktu rehat antarabangsa lalu akan membimbing Bayern menentang Freiburg dalam perlawanan seterusnya dalam saingan Piala Pokal di peringkat suku akhir.

Sementara itu, Dortmund pula akan berkunjung ke laman RB Leipzig dalam saingan piala kejohanan yang sama. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan