25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 17, 2025

Pemilik bengkel rugi RM47,833 beli kereta import tidak wujud

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemilik bengkel di Jerantut terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian RM47,833 selepas terpedaya dengan tawaran pembelian kereta import tidak wujud di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata berdasarkan laporan, lelaki berusia 57 tahun itu berminat dengan iklan penjualan kenderaan import di laman sosial terbabit pada 9 Februari lalu.

Katanya, mangsa kemudian berhubung dengan suspek dan berurusan untuk membeli kenderaan jenis Toyota Hilux Black Rally Edition pada harga ditawarkan RM36,000 secara ansuran.

“Mangsa membuat pembayaran deposit dan cukai kastam sehingga lima transaksi ke tiga akaun bank berbeza dalam tempoh sebulan dengan menggunakan wang simpanannya yang berjumlah RM47,833.

Advertisements

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Ramli menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran murah dilakukan pihak tertentu untuk memperdaya mangsa.

“Masyarakat juga diingatkan membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas ADUN Kemasik kritikal, keluarga mohon kemaafan 

BEKADS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Terengganu, Datuk Abu Bakar Ali dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di...

Lagi Artikel Berkaitan