27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Polis sahkan bayi cedera akibat jatuh di lantai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan tiada sebarang unsur penderaan membabitkan bayi lelaki 10 bulan di kediaman pengasuhnya di Taman Kota Masai di sini seperti yang tular di laman sosial pada Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan mendapati kesan benjol di dahi dan kemerahan pada kedua-dua pipi bayi berkenaan adalah kesan terjatuh di lantai.

“Kita menerima laporan daripada bapa bayi berkenaan yang juga warga tempatan berusia 27 tahun memaklumkan telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh iaitu seorang wanita tempatan berusia 41 tahun pada 9 pagi 23 Feb lepas di Taman Kota Masai.

“Pada 5 petang hari sama, isteri lelaki berkenaan menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan anak mereka jatuh tersembam di atas lantai dan apabila isteri pengadu mengambil anaknya dari rumah pengasuh dia kesan kecederaan benjol pada bahagian dahi dan kemerahan pada kedua belah pipi,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Mohd Suhaimie berkata, mangsa kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail untuk pemeriksaan yang mendapati dia mengalami kecederaan ringan di bahagian kiri dan atas kepala akibat terjatuh di atas lantai.

“Tiada kesan dipukul di anggota badan bayi berkenaan serta emosinya juga didapati interaktif, ceria dan stabil dan siasatan juga mendapati bayi berkenaan juga dihantar ke rumah pengasuh sebaliknya bukan pusat jagaan seperti dalam maklumat yang tular.

“Kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor dan keputusan kes tiada tindakan selanjutnya kerana tidak wujud elemen kesalahan pengabaian, penganiayaan, pembuangan atau pendedahan terhadap mangsa yang jatuh tersembam,”katanya.

Pada 23 Feb lepas, seorang wanita memuat naik imej bayi lelakinya yang serta khuatir cahaya matanya itu menjadi mangsa penderaan. Perkongsian itu menerima reaksi pelbagai pihak. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan