25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Dakwaan tanah rizab Selangor menurun fitnah – Juwairiya

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SETIAUSAHA Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli membidas dakwaan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Ahmad Yunus Hairi bahawa keluasan tanah rizab Melayu di negeri itu menurun sejak 2019.

Sebaliknya, kata beliau, keluasan tanah rizab Melayu semakin bertambah sejak Pas tidak lagi bersama kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU-14).

“Faktanya, pada tahun 2013, keluasan Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor berjumlah 395,946.50 ekar.

“Sejak Pas tidak lagi menjadi sebahagian dari Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 2018, keluasan Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor telah meningkat secara strategik kepada 401,935.96 ekar (tahun 2019), dan sebanyak 403,123.39 ekar (tahun 2021).

“Ini bermaksud keluasan Tanah Rizab Melayu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan Negeri Selangor telah meningkat sebanyak 7,176.89 ekar, termasuk pewartaan di Hilir Tambahan dan Ulu Semenyih, Hulu Langat; Kundang, Kuala Langat; Selayang Pindah, Gombak dan Bukit Cerakah, Petaling

Advertisements
juwairiya zulkifli
JUWAIRIYA ZULKIFLI

“Kerajaan Negeri Selangor terus komited untuk memelihara keluasan Tanah Rizab Melayu agar dipantau secara rapi melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati turut mendesak Pas negeri mengemukakan permohonan atas dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah.

“Pas wajar memohon maaf kerana cuba memfitnah dan menipu warga Selangor. Pas harus muhasabah dan mengelak daripada amalan tercela dengan menyebar fitnah, terutamanya pada bulan Ramadan ini,” jelasnya.

Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Yunus mendakwa keluasan tanah rizab Melayu mencatatkan peningkatan pada era Pakatan Rakyat (PR) iaitu ketika Pas bersama dalam kerajaan negeri.

Dakwa Ahli Parlimen Kuala Langat itu, tanah rizab Melayu negeri menyusut sejak daripada tahun 2019 hingga 2021 sebanyak 3,200 hektar sejak Pas keluar dari pentadbiran kerajaan negeri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan