25.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Dakwaan tanah rizab Melayu di Pahang berkurang tidak benar

Mesti Baca

MENTERI Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan dakwaan bahawa tanah rizab Melayu di Pahang semakin berkurangan sepertimana disebar melalui TikTok adalah tidak benar.

Sebaliknya, menurut beliau, tanah rizab Melayu di negeri itu tekah bertambah daripada 218,326 hektar pada 1955 kepada 444,074 hektar pada 2023.

Beliau berkata, dengan keluasan negeri Pahang sebesar 3,597,206.68 hektar, bermakna tanah rizab Melayu bertambah daripada 6 peratus kepada 12.34 peratus.

Advertisements

“Oleh yang demikian, saya menafikan sekeras-kerasnya hantaran tersebut dan ia merupakan satu fitnah dan permainan persepsi negatif untuk memburukkan kerajaan negeri.

“Ini kerana, kerajaan negeri sentiasa memastikan tanah rizab Melayu terus dipertahankan dan kerajaan negeri juga akan terus melaksanakan penguatkuasaan bagi menghalang sebarang aktiviti pencerobohan tanah secara haram di atas tanah kerajaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dan diminta menyemak terlebih dahulu kesahihan dengan pihak berwajib. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan