Monday, June 15, 2026

Rumah nyaris musnah dibaling bom petrol

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAHAGIAN hadapan sebuah rumah di Jalan Taming Sari 1, Taman Taming Jaya, Cheras, nyaris musnah selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol (koktail petrol), awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.45 pagi.

“Seramai tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat kebakaran membabitkan bahagian hadapan rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu dipercayai berlaku akibat bom petrol (koktail petrol) yang dibaling oleh seseorang disyaki mempunyai unsur khianat.

“Tiada struktur yang terjejas dan hanya membabitkan rak kasut sahaja yang terbakar,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan