29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

MKT mohon Agong pertimbang pengampunan Najib

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat hari ini memohon ihsan Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataan berkata, ia sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Asyraf Wajdi berkata, sehubungan itu MKT sebulat suara bersetuju untuk memohon mengadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong beserta memorandum yang ditandatangani seluruh kepimpinan UMNO daripada 191 Bahagian termasuk Wanita dan sayap Pergerakan Pemuda serta Puteri UMNO.

“Mesyuarat bulanan MKT hari ini membincangkan beberapa perkara, antaranya keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak menolak permohonan kebenaran Najib menyemak sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atasannya selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

“MKT mengambil maklum rasa dukacita dan keresahan ahli UMNO di peringkat akar umbi terhadap keputusan yang dilihat tidak adil seiring penghakiman menentang yang dizahirkan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli yang turut menyatakan Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil dan wajar dibebas dan dilepaskan.

Advertisements

“MKT juga sudah menerima memorandum daripada 191 Bahagian termasuk Wanita dan sayap Pergerakan Pemuda Puteri yang memohon supaya kepimpinan tertinggi UMNO membela bekas Presiden dan Perdana Menteri yang banyak jasanya kepada rakyat dan negara,”katanya.

Dalam penghakiman pada 31 Mac lalu , Abdul Rahman berkata, panel Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan akhir Najib pada 23 Ogos tahun lalu, gagal memberikan keputusan yang saksama kerana beliau dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan yang adil.

Abdul Rahman yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dalam kebenaran semakan itu berkata, sehubungan itu perintah sewajarnya adalah Najib dilepas dan dibebaskan daripada semua kesalahan yang dikenakan ke atasnya.

Sementara itu, mesyuarat MKT hari ini turut menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun ini akan diadakan pada 7 hingga 10 Jun depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan