30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kerajaan bincang harga tiket penerbangan mahasiswa

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ISU harga tiket penerbangan mahal terutama di musim perayaan yang dihadapi penuntut intitusi pengajian tinggi (IPT) mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan syarikat penerbangan bagi mengadakan rundingan mengenai perkara itu.

Katanya, harga tiket yang terlalu tinggi di musim perayaan pasti memberi satu masalah besar terutama kepada pelajar dari Sabah dan Sarawak serta pelajar Semenanjung yang menuntut di kawasan Borneo.

“Ini keluar daripada skop kerajaan melainkan kena beri subsidi tiket untuk pelajar. Ini masuk akal dan mungkin kita kena runding dengan syarikat penerbangan. 

Advertisements

“Kalau ada rekod, umpamanya kad pelajar mungkin setahun sekali akan diberikan. Boleh nanti saya bincang dengan Menteri Pengangkutan. Maknanya, saya terima ini satu masalah kerana keluarga dari Sabah dan Sarawak atau dari sini tidak semua keluarga yang senang. 

“Mungkin membebankan kalau kos terlalu tinggi. Kos antara dalam Sarawak umpama Miri ke Kuching itu terlalu mahal. Jadi itu kerajaan bagi subsidi ratusan juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog Bersama Perdana Menteri Bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia di Shah Alam hari ini.

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan