26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Lima sekolah swasta di Johor terima ugutan bom

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan menerima laporan daripada lima buah sekolah swasta di tiga daerah di negeri Johor berkaitan ugutan bom yang diterima menerusi hantaran e-mel, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lima laporan berkenaan diterima antara pukul 11 pagi hingga 6.18 petang tadi.

“Tiga buah sekolah swasta itu yang terbabit itu adalah di Masai, Permas Jaya dan Iskandar serta masing-masing sebuah di Kulai dan Muar.

“E-mel yang diterima pihak pentadbiran sekolah terbabit bertajuk ‘bahan letupan telah ditanam di sekolah’ hingga menimbulkan kegusaran.

“Bertindak atas maklumat itu, pasukan polis terdiri daripada Unit Pemusnah Bom (UPB), unit cawangan khas daerah, pegawai perhubungan sekolah (PPS) dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah diatur gerak ke lokasi-lokasi terbabit untuk menjalankan siasatan lanjut.

Advertisements

“Pemeriksaan yang dijalankan di keseluruhan bangunan sekolah tersebut mendapati tidak ada terkesan sebarang objek yang mencurigakan serta kawasan adalah selamat,”katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, pihak polis masih lagi berada di sekolah terbabit untuk menjalankan pemerhatian lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

“Polis Kontinjen Johor menasihatkan orang ramai agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran dan mengganggu-gugat ketenteraman awam,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan