26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Lagi premis hiburan disita, langgar syarat lesen DBKL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAGI permis hiburan dikenakan tindakan penutupan dan sitaaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kali ini, sebanyak dua buah premis hiburan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

DBKL menerusi kenyataan berkata, operasi Tindakan Khas Premis Berisiko (Aktiviti Pusat Hiburan) kali ini telah dijalankan di Jalan Kia Peng, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak, Jalan Chan Sow Lin, Bandar Manjalara dan Solaris Dutamas Kuala Lumpur.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan pegawai penguatkuasa DBKL di lapan lapan buah premis perniagaan kedai makanan, restoran, pub berkenaan, DBKL mendapati premis-premis turut mengadakan aktiviti hiburan melibatkan persembahan live muzik, nyanyian karaoke / DJ Muzik tanpa kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa.

“Tindakan penutupan serta-merta telah dikenakan terhadap dua buah pentas hiburan termasuk membuka enam kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (live muzik/DJ) tanpa kebenaran.

“Selain itu, penguatkuasa turut mengeluarkan empat notis kompaun kerana melantik pembantu tanpa kebenaran dan satu notis kompaun kerana premis tiada lesen beroperasi di bawah UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,”katanya.

Advertisements

Berikutan itu, DBKL berkata, pihaknya merampas 15 pelbagai peralatan muzik termasuk melibatkan penutupan dua buah premis berkenaan.

“Barangan sitaan terdiri daripada mixer light controller, microphone, headphone, DJ Spinner, speaker, amplifier dan lain-lain.

“Barangan dan peralatan muzik telah di hantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara,”katanya.

DBKL berkata, tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dilokasi tumpuan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Operasi berkenaan telah dijalankan bermula jam 10 malam Jumaat lalu dan berakhir empat jam kemudiannya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan