32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Gol tunggal Lok hadiahkan Harimau Malaya tiga mata

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HARIMAU Malaya meraih tiga mata penting apabila berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Taiwan pada aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, malam tadi.

Gol kemenangan skuad kebangsaan hanya hadir pada babak kedua menerusi ledakan penyerang Sabah FC, Darren Lok pada minit ke-72.

Masih segar dengan kemanangan ke atas Kyrgyztan, aksi di Stadium Perbandaran Taipei menyaksikan Harimau Malaya mendominasi perlawanan sejak wisel permulaan perlawanan ditiupkan.

Malaysia bagaimanapun hanya memperoleh peluang terbaik pada minit ke-29 apabila Akhyar Rashid berjaya melepasi kawalan dua pertahanan Taiwan namun rembatannya hanya sedikit melewati palang.

Anak buah Kim Pan Gon terus mendominasi perlawanan selepas itu dan percubaan tepat ke arah gol hanya hadir pada minit ke-40 menerusi sepakan voli Stuart Wilkins yang berjaya ditepis penjaga gol, Pan Wen-chieh.

Pada minit ke-43 menyaksikan Faisal Halim terlepas peluang berharga apabila sungkitannya sekadar singgah di tiang gol Taiwan ketika penjaga gol sudah pun tertewas.

Advertisements

Taiwan bagaimanapun cuba bangkit di awal babak kedua apabila mencipta beberapa gerakan berbahaya terutama menerusi larian Ange Samuel Kouame.

Namun pada minit ke-51 menyaksikan pertahanan Taiwan gagal mengeluarkan bola dengan baik dan sampai ke kaki Akhyar namun percubaan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) sedikit melewati palang.

Menyedari ketumpulan jentera serangan, Pan Gon membawa masuk Lok dan Endrick dos Santos bagi menggantikan Paulo Josue dan Afiq Fazail.

Percaturan tersebut membawa hasil apabila Lok meledak gol pada minit ke-72 menerusi rembatan di depan gawang susulan bola muntah daripada percubaan Endrick.

Taiwan cuba bangkit di penghujung perlawanan namun benteng pertahanan yang diterajui Matthew Davies, Dion Cools, Junior Eldstal dan Corbin Ong berjaya menyerap asakan bagi memastikan tiga mata penuh milik Malaysia.

Kemenangan ini meletakkan Harimau Malaya di tangga teratas Kumpulan D dengan enam mata namun kedudukan dijangka berubah jika Oman berjaya menewaskan Kyrgyztan, malam ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan