26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

PRK Kemaman: SPR keluar 744 kertas undi pos

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 744 kertas undi pos kepada yang berhak untuk mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, semalam.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pengeluaran kertas undi pos dilakukan petugas pilihan raya yang dilantik pegawai pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada calon-calon yang bertanding.

“Kertas undi pos yang telah dikeluarkan adalah terdiri daripada 669
kategori 1A iaitu petugas pilihan raya, pegawai SPR, anggota polis dan tentera serta petugas media.

“Sebanyak 16 undi pos pula bagi kategori 1B (warganegara yang tinggal di luar negara), 47 undi pos bagi kategori 1C (agensi dan organisasi) serta 12 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, Ikmalrudin berkata, semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2).

Katanya, borang tersebut hendaklah segera dikembalikan kepada pegawai pengurus berkenaan sebelum pukul lima petang pada hari mengundi iaitu pada 2 Disember depan.

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan