30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

87 keluarga ‘korban’ Lebuh Raya Timur-Barat terima sagu hati

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 87 keluarga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terkorban ketika membina Lebuh Raya Timur Barat pada tahun 1970 hingga 1982 lalu akan diberikan sagu hati sebanyak RM1,000 setiap keluarga.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menyantuni keluarga mangsa pembinaan lebuh raya menghubungkan Gerik dan Jeli itu sama ada akibat kemalangan atau serangan komunis.

Beliau berkata, pemberian sagu hati tersebut sebagai simbolik bagi menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan oleh kakitangan terbabit dalam usaha membina rangkaian lebuh raya tersebut.

“Kegalauan sewaktu kerja-kerja pembinaan itu pastinya menimbulkan memori silam pahit yang tercatat dalam sejarah negara hatta memberi kesan kepada waris-waris yang terkorban,” katanya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri hadir pada majlis pelancaran Kempen MYJalan dan Program Setia Bakti Jalan Raya Timur Barat (FT04) di Gerik, Perak.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Advertisements
Para pekerja pembinaan Lebuh Raya Timur-Barat dikawal ketat oleh anggota tentera ekoran gangguan daripada pasukan komunis. – Sumber: Iluminasi.com

Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan itu, beliau dimaklumkan banyak nyawa telah terkorban akibat serangan pengganas komunis dan kemalangan sewaktu kerja-kerja pembinaan dijalankan.

Lebuh Raya Timur-Barat itu mula dibina pada tahun 1967 namun proses pembinaannya kerap kali terganggu akibat perbuatan khianat pengganas komunis yang sering menyerang hendap pekerja binaan sehinggalah berakhir Darurat Kedua pada tahun 1989.

Ini menyebabkan pembinaan lebuh raya tersebut memakan masa yang sangat panjang.

Malahan semasa dibuka kepada umum, pihak tentera terpaksa mengawal ketat lebuh raya tersebut dan pemandu hanya boleh menggunakannta pada waktu siang serta perlu melaporkan diri setiap kali menggunakannya.

Projek raksasa itu menelan belanja RM296 juta bagi memudahkan perhubungan darat antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan