29.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

PM umum tambahan RM30 juta naik taraf jalan Gerik-Jeli

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penambahan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf Jalan Raya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik-Jeli.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, akan turut mengkaji permohonan peruntukan penyelenggaraan jalan seluruh negara dalam Belanjawan Madani kedua yang akan dibentangkan dalam bulan Oktober.

“Nescaya, jatah ini pastinya memberi impak besar kepada pembangunan infra di kawasan tersebut untuk dimanfaatkan pengguna jalan raya,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Anwar berkata, dalam konteks nasional, Kerajaan Perpaduan telah meluluskan peruntukan tambahan penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh Malaysia berjumlah RM370 juta pada tahun ini.

“Ini bagi tujuan antaranya pemasangan dan penyelenggaraan lampu di kawasan risiko tinggi kemalangan.

Advertisements

“Sayugia, Kerajaan Perpaduan sentiasa prihatin dalam keluh kesah rakyat, serta memahami keinginan rakyat untuk memiliki kemudahan asas iaitu jalan raya yang selesa dan selamat.

“Moga hasrat ini dapat kita capai bersama-sama, Insya-Allah,”katanya.

Terdahulu, beliau hadir pada pelancaran Kempen MYJalan dan Program Setia Bakti Jalan Raya Timur Barat (FT04) di Gerik.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan