25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Keputusan mahkamah Ahmad Zahid cerminan ‘kredibiliti’ PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa pembebasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan kes melibatkan Yayasan Akalbudi diasaskannya, adalah cerminan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beliu berkata, dunia kini menyaksikan betapa kredibiliti Anwar sebagai seorang reformis telah hilang dan musnah.

“Sebab itulah kita mesti menerima hakikat karakter Anwar yang sebenar. Anwar adalah seorang Perdana Menteri yang gagal, dan dia mengetuai sebuah Kabinet yang tidak kompeten.

“Maka itulah dia sanggup berbuat apa sahaja demi untuk kekal di takhta kuasa.

“Kita boleh jangka bahawa selepas ini, Anwar akan terus ‘membersihkan’ imej semua yang bersekongkol dengan dia dan dia juga akan terus mencemarkan imej mereka yang menentangnya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Hari ini, Ahmad Zahid hari dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Advertisements

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.

Dalam pada itu Wan Saiful mendakwa, beliau menjangka akan ada pihak membandingkan pembebasan Ahmad Zahid dengan pengguguran tuduhan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun tegasnya, situasi kedua-dua kes tersebut amat berbeza.

“Dalam kes Muhyiddin, pasukan pendakwa membantah permohonan untuk menggugurkan pertuduhan malah sekarang sedang merayu keputusan mahkamah itu.

“Tetapi dalam kes Zahid, pihak pendakwa memohon Zahid dilepaskan walaupun sebelum ini mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadapnya,”katanya.

Presiden UMNO itu dihadapkan ke mahkamah pada 2018 manakala perbicaraan bermula pada 2019 dengan mendengar keterangan 99 saksi pendakwaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan