28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pernikahan tidak batal meskipun Anwar kekal PM

Mesti Baca

PERBUATAN seorang suami yang bersumpah untuk menceraikan isteri adalah sikap melampau dalam berpolitik dan tidak wajar dipenuhi.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sangat tidak wajar untuk seseorang menjadikan isteri yang disayangi atau keluarga sebagai bahan pertaruhan dalam kegiatan politik kepartian.

“Hak dan kebajikan isteri perlu dipelihara. Isteri perlu disayangi dan dipertahankan sebagai isteri selagi tiada sebab syarie yang memerlukan perceraian.

“Menceraikan isteri tanpa sebab yang syarie adalah satu kezaliman terhadap isteri yang telah berkorban dengan bersedia menjadi isteri untuk disetubuhi dan dilahirkan pula zuriat bersama.

“Perceraian juga mempertaruhkan nasib anak-anak yang menjadi mangsa perceraian dan ia satu lagi kezaliman terhadap anak-anak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Bekas pemimpin PAS itu berkata demikian, mengulas mengenai tulisan seorang lelaki yang tular di media sosial baru-baru ini.

Individu berkenaan dipercayai menyokong parti politik tertentu didakwa bersumpah dengan nama Allah untuk menceraikan isterinya dengan talak tiga sekiranya Anwar Ibrahim kekal sebagai perdana menteri selepas Ogos berlalu.

Advertisements

Difahamkan lafaz berkenaan yang ditulis pada Februari lalu itu menjadi tular dan perdebatan di media sosial.

Lelaki terbabit juga dilaporkan sudah membuat laporan polis kerana mendakwa akaun Facebooknya digodam, manakala hantaran berkenaan dilakukan oleh orang lain.

Khairuddin berkata lafaz sumpah untuk menceraikan isteri tidak dikira sebagai lafaz cerai.

Tegasnya, wanita yang dinikahi lelaki berkenaan masih bertaraf isteri walaupun kini sudah masuk September dan Anwar juga masih kekal sebagai perdana menteri.

“Tidak wajar kepada lelaki itu memenuhi sumpahnya dengan menceraikan isteri tanpa sebab syarie dan hendaklah dia melanggar sumpah berkenaan.

“Apa yang wajib dilakukan ialah membayar kafarah sumpah dengan memberi makan kepada 10 orang miskin atau membeli pakaian kepada mereka atau membebaskan hamba,” katanya.

Bekas ahli Parlimen Kuala Nerus itu juga turut menasihatkan umat Islam supaya tidak melampau dalam persaingan politik kepartian sehingga menggugat institusi kekeluargaan yang seharusnya dipelihara. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan