27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Rakan strategik KPDN, SJ Circle lancar jualan lampin pakai buang

Mesti Baca

SELARAS dengan saranan kerajaan dalam melancarkan inisiatif Payung Rahmah, SJ Circle Sdn Bhd memulakan penyertaan mereka sebagai rakan strategik dengan mengeluarkan produk lampin bayi pakai buang jenama Midori khusus bagi Jualan Rahmah Bergerak.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh berkata, KPDN berharap usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia.

“Sepanjang menjalankan inisiatif Jualan Rahmah terutamanya Jualan Rahmah Bergerak #KedaiCariRakyat ini, ada yang menyuarakan kepada saya untuk turut masukkan lampin pakai buang sebagai salah satu barangan yang dijual.

“Alhamdulillah, selepas mengkaji dan membuat pemerhatian kepada cadangan ini, hari ini saya berbesar hati melancarkan Midori Rahmah sebagai barangan lampin pakai buang yang akan turut dijual di #KedaiCariRakyat,” katanya pada majlis pelancaran Inisiatif Payung Rahmah Bersama SJ Circle Sdn Bhd yang diadakan di Kulim Industrial Estate, Kulim, Kedah.

Fuziah berkata, SJ Circles Sdn Bhd menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada rakan strategik KPDN dalam menjalankan hasrat ini demi manfaat rakyat.

“KPDN dan SJ Circles Sdn Bhd bersetuju untuk menjual Midori Lampin Pakai Buang yang mempunyai label Rahmah dengan harga RM19.99, hanya di #KedaiCariRakyat.

“Insya-Allah, usaha ini masih dalam peringkat awal dan kita akan giatkan lagi untuk memastikan ia boleh sampai terus kepada golongan yang memerlukan.

Advertisements

“Rakyat boleh mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan,” katanya.

Lampin Midori boleh didapati dalam lima bungkusan berbeza mengikut saiz iaitu S, M, L, XL dan XXL.

SJ Circle Sdn Bhd adalah sebuah syarikat perkilangan yang telah beroperasi sejak tahun 2016 dan telah mengeluarkan produk lampin pakai buang untuk bayi dan kanak-kanak bagi beberapa jenama seperti MIDORI dan Weezy serta lampin pakai buang dewasa jenama Senshine dan Sensof.

Selain itu, SJ Circle Sdn Bhd turut mempunyai rakan strategik di beberapa buah negara luar seperti Kemboja, Thailand, Vietnam dan India, di samping pasaran tempatan sedia ada.

Dalam pada itu, di bawah Inisiatif Payung Rahmah, KPDN telah melancarkan empat teras utama iaitu Jualan Rahmah, Menu Rahmah, Bakul Rahmah dan Pakej Rahmah.

Melalui Inisiatif Jualan Rahmah, KPDN telah mempunyai 29 rakan strategik yang terdiri daripada pasar raya besar, pasar raya rangkaian dan pihak pengeluar.

Inisiatif Payung Rahmah adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terbabit. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan