34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Jasmine Food nafi tukar beras kampit tempatan kepada import

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JASMINE Food Corporation Sdn. Bhd. (JFC) menafikan dakwaan berlakunya aktiviti membungkus semula beras tempatan kepada beras kampit import.

Sebaliknya, JFC menerusi kenyataan berkata, video yang tular di media sosial itu memaparkan pembungkusan semula beras putih import (BPI) apabila kampit beras pecah atau berhabuk.

Katanya, JFC mengesahkan video yang tular telah dirakam di dalam kilang Jasmine di Tunjang, Alor Setar, Kedah pada 2 September lalu.

“Namun dakwaan bahawa bungkusan beras yang dibuka merupakan beras tempatan seperti yang dinyatakan di dalam video tersebut adalah tidak benar sebaliknya ialah BPI.

“Pembungkusan semula BPI merupakan satu proses normal apabila berlaku kejadian kampit pecah atau beras berhabuk sewaktu kampit beras berada di kedai dan pasaraya,” katanya hari ini.

JFC berkata, proses itu dibuat untuk memastikan kualiti beras keluaran JFC sentiasa berada di dalam keadaan yang baik sewaktu dibeli oleh pelanggan. 

Katanya, JFC mengamalkan polisi gantian semula kepada pemborong bagi beras-beras yang tidak menepati kualiti dan mengikut piawaiaan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kekeliruan. 

“Pihak JFC tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang cuba memburukkan nama baik syarikat,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Kalau tak faham keperitan rakyat baik diam – Dr. Akmal

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Mohamad Akmal Saleh membidas kembali kenyataan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian...

Lagi Artikel Berkaitan