30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

MUDA ugut tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan

Mesti Baca

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan teragak-agak untuk menilai kedudukannya semula dalam menyokong Kerajaan Perpaduan jika tiga tuntutan parti itu terhadap perkembangan kes membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak diambil tindakan susulan oleh kerajaan.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, MUDA menganggap keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri itu terhadap kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram adalah suatu perlanggaran terbesar terhadap garisan merah institusi kehakiman negara.

Beliau berkata, MUDA menuntut Jabatan Peguam Negara untuk memberi penjelasan di Parlimen mengenai keputusan terbabit selepas mahkamah sebelum ini memutuskan terdapatnya kes prima facie terhadap Ahmad Zahid.

“Kami juga menuntut supaya pengasingan kuasa eksekutif Jabatan Peguam Negara dan pendakwa raya dengan segera untuk memastikan tiada campur tangan eksekutif dalam mana-mana kes mahkamah.

Advertisements

“MUDA juga akan mengadakan kempen #DakwaZahid bagi menggesa pihak pendakwa raya untuk mendakwa semula Ahmad Zahid dengan segera.

“Sebagai sebuah parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan, MUDA tidak teragak-agak untuk mengambil keputusan yang keras dan tegas mengenai kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya tiada sebarang tindakan lanjut dalam kepimpinan tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai Mahkamah Tinggi melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin menghentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan