32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kes Zahid: Ahli akar umbi UMNO lega keputusan mahkamah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam memberi kelegaan kepada ahli akar umbi parti itu.

Pada masa sama Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, keputusan mahkamah itu juga dapat memperbaiki semula imej serta kredibiliti UMNO yang diketuai Ahmad Zahid.

“Pemuda UMNO Johor mengalu-alukan keputusan dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

“Dengan keputusan itu jelas menunjukkan seolah-olah pendakwaan dikenakan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu lebih kepada pendakwaan politik oleh kumpulan tertentu.

“Ia juga jelas menunjukkan cubaan salah guna badan kehakiman untuk menjatuhkan UMNO.

Advertisements

“Dengan keputusan semalam, ia sudah tentu memberi satu kelegaan kepada pimpinan UMNO di setiap peringkat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noor Azleen berkata, tindakan pasukan pendakwaan mengemukakan 11 alasan bagi menyokong permohonan untuk memberhentikan perbicaraan itu juga memberi ruang kepada pihak berkaitan melakukan siasatan lebih mendalam dalam kes itu.

“Berdasarkan perkembangan terbaharu ini juga, Presiden UMNO telah memanfaatkan ruang serta platform yang betul melalui saluran undang-undang untuk membersihkan nama dan mengembalikan maruah beliau.

Ujar beliau, adalah diharapkan ia akan dapat membantu UMNO kembali menawan minda dan hati orang Melayu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan