33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kes Ahmad Zahid: Tindakan Peguam Negara tidak bermoral

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN Peguam Negara menggunakan kuasanya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk menarik balik 47 pertuduhan jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Zahid Hamidi selepas beliau dipanggil membela diri di mahkamah adalah sesuatu yang tidak bermoral.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam kes ini, Ahmad Zahid telah didakwa di mahkamah dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dengan mengemukakan keterangan berdokumen dan 99 orang saksi.

“Ini bermakna mahkamah telah berpuas hati bahawa terdapat bukti-bukti yang berasas tentang perlakuan jenayah tersebut oleh Zahid dan mengarahkan beliau untuk membela diri.

“Yang peliknya pihak pendakwaan yang telah berjaya membuktikan kes prima facie memohon kepada mahkamah untuk menggugurkan pertuduhan.

“Ini amatlah tidak munasabah. Adakah ini bermakna pihak pendakwaan mengakui bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh mereka di mahkamah tidak boleh dipakai?

“Atau ada arahan daripada pihak atasan bahawa kes ini mesti digugurkan walau dengan apa cara sekalipun,” soalnya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, sekiranya benar terdapat arahan sedemikian, pengguguran pertuduhan ke atas Ahmad Zahid selepas beliau diarah membela diri di mahkamah merupakan titik hitam yang amat gelap dalam sistem keadilan di negara kita.

Advertisements

“Hal ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia yang merdeka sebelum ini.

“Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kerosakan yang sedang berlaku dalam sistem keadilan negara yang saya percaya berpunca daripada kerakusan beliau sendiri untuk mengekalkan kuasa.

“Ia membuktikan sikap munafik beliau yang nyata. Slogan reformasi institusi dan tatakelola yang sering beliau dilaungkan hanyalah suatu pembohongan dan omongan kosong sahaja,”katanya.

Menurutnya lagi, keputusan menggugurkan pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu pastinya menggoncang keyakinan pelabur terhadap sistem keadilan di Malaysia.

“Sudahlah seorang yang berhadapan tuduhan jenayah rasuah dilantik ke jawatan nombor dua tertinggi negara, malah pertuduhan ke atasnya juga digugurkan. Malaysia telah menjadi a rogue state atau negara penyangak,”katanya.

Muhyiddin berkata, sudah tiba masanya rakyat menilai semula keabsahan kerajaan perpaduan ini yang sepatutnya mendokong kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan