26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

PM tekan kepentingan kekalkan perpaduan ASEAN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan mengekalkan kepaksian, kepusatan dan perpaduan ASEAN di tengah-tengah persaingan geopolitik dan ketidaktentuan geo-ekonomi.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa ASEAN meneruskan usaha memperkukuh kapasiti dan keberkesanan institusinya serta memastikan persaingan geopolitik ini tidak akan menjejaskan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini mahupun mencetuskan kesenjangan atau kegalauan sesama rakan ASEAN.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta hari ini.

Hadir sama, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Dalam masa sama, Perdana Menteri turut menyeru agar ASEAN melaksanakan pengaturan strategik yang lebih besar untuk meningkatkan integrasi ekonomi dalam ASEAN.

“Langkah itu perlu sebagai usaha ke arah arkitektur ekonomi serantau yang cergas, inklusif, mampan dan berdaya tahan.

Advertisements

“Semasa sesi Pemukiman pula, rakan-rakan sejawat turut membincangkan secara meluas mengenai pelaksanaan Kemuafakatan Lima Perkara (5PC) di Myanmar dan ASEAN Outlook on the Indo-Pacific.

“Dalam platform ini, saya turut menyuarakan kekecewaan Malaysia terhadap kurangnya kemajuan bermakna dalam pelaksanaan 5PC, dan ketidakstabilan yang berterusan di Myanmar.

“Saya tekankan bahawa ASEAN perlu menangani isu Myanmar dalam pendekatan yang diselaraskan, dan agar ASEAN memanfaatkan Rakan Dialognya, termasuk PBB,”katanya.

Disamping itu, Anwar turut menegaskan kepada Myanmar supaya menunaikan kewajipannya sebagai Negara Anggota ASEAN mengikut peruntukan dalam Piagam ASEAN.

“Moga rantau ini terus sukses bersama-sama, Insya-Allah,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan