32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Pesawat ‘gender reveal’ terhempas

Mesti Baca

HASRAT sepasang suami isteri berkongsi keterujaan jantina anak mereka kepada tetamu bertukar tragedi apabila pesawat yang disewa terhempas.

Kejadian yang berlaku di Mexico itu berakhir dengan tragedi apabila pesawat yang terhempas itu menyebabkan juruterbang terbunuh.

Di hadapan papan tanda yang berbunyi, ‘Oh, Baby’, rakaman yang dikongsi secara meluas di media sosial menunjukkan pesawat itu ‘melambung’ di atas sebuah ladang di kawasan pedalaman Navolato, Sinaloa.

Ibu dan bakal bapa dalam parti itu dilaporkan mengupah pesawat kecil untuk terbang di atas Laguna de San Pedro dan melepaskan air berwarna untuk mendedahkan jantina bayi mereka.

Metro UK melaporkan, tetamu bersorak ketika pesawat di udara melepaskan air merah jambu, manakala konfeti merah jambu dilepaskan di parti itu.

Namun begitu, tanpa disedari oleh sesiapa, pesawat itu tiba-tiba mula menjunam, dengan video menunjukkan satu daripada sayapnya melengkung di udara.

Luis Angel, 32, dari Navaloto, adalah juruterbang pesawat Piper PA-25-235 Pawnee berwarna putih itu, lapor media Mexico Linea Directa Portal.

Advertisements

Nahas dilaporkan kepada pihak berkuasa kira-kira 6:30 petang.

Berdasarkan rakaman, juruterbang cuba untuk membuatkan pesawat naik untuk mengelak daripada terhempas di pokok palma.

Perkhidmatan kecemasan tiba di tempat kejadian dan melakukan pertolongan cemas terhadap Angel yang ditemukan terbaring di dalam serpihan pesawat.

Dalam satu gambar yang lebih jelas, paramedik mengelilingi Pawnee yang parah.

Lelaki itu dibawa ke Institut Keselamatan Sosial Mexico di Navolato, tetapi disahkan meninggal dunia, tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, tiada individu lain terbabit dalam kejadian itu. -Agensi

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan