33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Tragedi Elmina: Remy Ishak sedih pemergian Shahrul Kamal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELAKON Remy Ishak meluahkan rasa sedih ke atas pemergian kenalannya, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42,

Sharul Kamal merupakan juruterbang pesawat ringan yang turut maut bersama 10 yang lain dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie di Seksyen U16, Shah Alam, jam 2.40 petang semalam.

Melalui entri Instagram (IG) yang dimuat naik, malam tadi, Remy memberitahu dirinya dan Allahyarham Shahrul Kamal baharu sahaja bertemu di sebuah restoran di Shah Alam, Selasa lalu.

Dalam hantaran tersebut, Remy turut berkongsi beberapa foto pertemuannya dengan Allahyarham Shahrul Kamal yang sempat diabadikan.

“Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun. Takziah buat Shefa (isteri Allahyarham Shahrul Kamal) dan keluarga atas pemergian Kapten Shahrul Kamal dalam nahas pesawat di Elmina, semalam.

Advertisements

“Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah dan isterinya Shefa di Mozers Shah Alam,”katanya.

Remy atau nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak, 41, mendoakan semoga roh Allahyarham Shahrul Kamal ditempatkan di sisi insan beriman.

“Hari ini (semalam) buka WhatsApp dapat berita menyedihkan ini. Saya sangat dukacita dengan berita ini, Shefa. Moga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang beriman. Amin ya rabb!” kata Remy.

Pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang sebelum terhempas berhampiran kawasan perumahan Elmina di Seksyen U16, di Shah Alam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan peruntuk RM2.3 juta untuk program perpaduan YSS

KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM2.3 juta kepada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) bagi pelaksanaan program perpaduan bagi tahun ini. Menteri Perpaduan Negara,...

Lagi Artikel Berkaitan