26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

KPM sedia tiga saluran atasi buli, gangguan seksual

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memandang serius isu buli dan gangguan seksual yang membabitkan murid di institusi pendidikan di bawah mereka.

Justeru, KPM menyediakan tiga saluran yang boleh digunakan oleh orang ramai termasuk sekolah dan juga ibu bapa untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes buli dan gangguan seksual.

Katanya, antara saluran yang disediakan adalah talian khas Aduan Buli, aduan buli di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan e-mel di [email protected].

“Semua jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan institusi pendidikan diarahkan untuk mematuhi tahap kesegeraan penyampaian maklumat dan laporan serta tindakan berkaitan buli dan gangguan seksual kepada KPM berdasarkan tempoh hari yang ditetapkan iaitu pada kadar 1:3:7 hari.

“Rekod penyelesaian aduan buli dan gangguan seksual di institusi pendidikan bawah KPM menunjukkan lebih 90 peratus kes berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 15 hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

KPM berkata, mereka sentiasa proaktif dalam menangani kes buli dan gangguan seksual bagi menjamin ekosistem selamat untuk guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan.

Pelbagai inisiatif turut dilaksanakan bagi memastikan penguatkuasaan peraturan sedia ada seperti yang terdapat dalam surat siaran kementerian, surat pekeliling ikhtisas dan garis panduan berkaitan.

Advertisements

“Antara mekanisme yang sedang dilaksanakan KPM bagi menangani isu buli dan gangguan seksual di semua insititusi pendidikan bawah kelolaannya adalah kempen kesedaran mengenai kesan buli dan gangguan seksual terhadap mangsa di media konvensional dan media sosial.

“Selain itu, program pendidikan mengenai bahaya buli dan gangguan seksual juga dilaksanakan secara bersepadu membabitkan aspek kurikulum, kokurikulum serta pembinaan sahsiah dan amalan sekolah penyayang.

“Turut dilaksanakan intervensi kepada mangsa buli dan kerjasama strategik dengan semua pihak terutama dengan agensi penguat kuasa bagi memastikan isu buli dan gangguan seksual dapat ditangani dengan lebih efektif,” katanya.

KPM ketika ini sedang memuktamadkan garis panduan menangani buli dan gangguan seksual serta Peraturan Disiplin Murid yang baharu dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi menggantikan Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1959).

“KPM menyeru kerjasama dan komitmen berterusan semua pihak termasuk ibu bapa, pentadbir institusi pendidikan, guru, media, rakan korporat dan seluruh anggota masyarakat untuk sama-sama terbabit secara langsung atau tidak langsung memerangi isu buli dan gangguan seksual.

“KPM sentiasa berusaha memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan seluruh warganya dipelihara.

“Oleh itu, tiada kompromi kepada buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan bawah KPM,” katanya lagi.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan