32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Pemandu Grab tolak ambil penumpang sejak pukul 2 petang – KPN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMANDU Grab yang maut dalam insiden pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam semalam telah menolak permintaan untuk mengambil penumpang sejak pukul 2 petang lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihaknya mengesyaki pemandu itu hanya berseorangan di dalam kereta ketika nahas yang berlaku sekitar pukul 2.50 petang tersebut.

Bagaimanapun, beliau turut tidak menolak sekiranya terdapat penumpang lain bersamanya selepas proses pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh ahli keluarga selesai dilakukan.

“Pemandu kereta itu sebenarnya telah tolak penumpang daripada pukul 2 petang lagi. Kita dah semak dengan Grab dan dia memang tolak penumpang tersebut.

“Jadi kita syaki bahawa dia seorang tetapi apabila human remain kita buat DNA nanti, baru kita tahu ada terlebih atau tidak. Unit Forensik akan tentukan,” katanya dalam sidang media di lokasi nahas hari ini.

Advertisements

Sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dalam penerbangan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang terhempas berhampiran Elmina kira-kira pukul 2.50 petang semalam.

Nahas udara tersebut mengorbakan 10 mangsa dengan lapan daripadanya adalah kru dan penumpang pesawat sementara dua lagi adalah pemandu kereta dan motosikal.

Sementara itu, ditanya mengenai kemungkinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil individu-individu yang mempunyai rakaman kejadian nahas, Razarudin berkata, mereka dialu-alukan tampil memberikan maklumat.

“Kita akan cuba cari (individu-individu yang mempunyai rakaman nahas). Kalau mereka boleh tampil memberi maklumat-maklumat pun itu dikira baik,” katanya. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

Peruntukan Exco luar bandar dinaikkan kepada RM750,000

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan pembangunan kepada Exco Luar Bandar dinaikkan...

Lagi Artikel Berkaitan