28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Kekosongan DUN Pelangai dimaklum ke SPR dalam masa terdekat

Mesti Baca

KEKOSONGAN kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Ia susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Seri Johari Harun yang terbabit dalam nahas pesawat di Lebuh Raya Guthrie dekat Bandar Elmina, Shah Alam, petang semalam.

Yang Dipertua DUN Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pihaknya akan membantu menyelesaikan urusan pengebumian Allahyarham Johari terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan lanjut.

“Kita mahu selesaikan urusan jenazah ini terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di Klang malam tadi.

Johari, 53, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang adalah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas petang semalam.

Advertisements

Mohd Sharkar berkata, Johari menaiki pesawat berkenaan atas urusan rasmi.

Sebelum itu, beliau menghadiri mesyuarat bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Langkawi, Kedah.

“Pada mulanya saya keliru kerana ada banyak Johari di Pahang, tetapi apabila melihat nombor kad pengenalan bermula 1970 bermakna 53 tahun dan kita dapat jangka Johari Harun yang meninggal dunia,” katanya.

Beliau menyifatkan Johari seorang yang rajin dan sentiasa mendapatkan nasihat daripadanya berkaitan politik.-Bernama

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan