Monday, June 15, 2026

Bayi ditemui di tempat pembuangan sampah

Mesti Baca

SEORANG bayi perempuan ditemui ditinggalkan di kawasan pembuangan sampah berhampiran sebuah pasar raya di Moyan Square, Batu Kawa, Kuching, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, bayi yang masih hidup diletakkan dalam kotak dan ditemui orang awam sebelum dimaklumkan kepada pihaknya pada  jam 9.18 pagi.

“Orang awam menghubungi balai memaklumkan penemuan bayi yang masih hidup berdekatan tempat pembuangan sampah berkenaan.

“Bayi itu kini dihantar ke Klinik Kesihatan Batu Kawa untuk rawatan dan pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jaw Shyong berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung penemuan bayi itu.

Sementara itu, satu video berdurasi 14 saat menunjukkan penemuan bayi itu turut tular di media sosial, pagi tadi.-Edisi 9

Related posts:

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan