25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Jangan sebar gambar, video nahas pesawat, perbuatan itu haram

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGGUNA media sosial dinasihatkan tidak menyebarkan gambar atau video nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam petang semalam kerana perbuatan itu haram.

Itu pesanan diberikan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menerusi ciapan di Twitter susulan tragedi yang berlaku dan meragut nyawa 10 mangsa.

Katanya, haram menyebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut.

“Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya,”katanya menerusi hantaran itu.

Zulkifli, turut memetik, sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam riwayat Muslim (2554) bermaksud , “Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya.

Advertisements

Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor.

Seramai 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun maut.

Lapan lagi yang turut terkorban adalah enam penumpang dan dua kru pesawat itu, manakala dua lagi adalah orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan lalu di tempat kejadian.

Sebelum kejadian berlaku, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan