32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

JPN nafi 54,000 warga China mohon kerakyatan

Hanya dakwaan yang dimanipulasi

Mesti Baca

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan terdapat 54,000 permohonan kerakyatan yang belum selesai membabitkan warga dari China.

JPN berkata, dakwaan itu dibuat berdasarkan sidang media oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dimanipulasi.

“Jumlah 54,000 permohonan adalah merujuk kepada jumlah permohonan dari tahun 2017 sehingga 2022 meliputi pelbagai permohonan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dan daripada pelbagai latar belakang keturunan dan negara asal.

“Berdasarkan rekod JPN dari 2019 hingga 31 Julai 2023 lalu, hanya 45 orang individu dari China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia secara keseluruhan (Perkara 19(1) mengikut Negara asal),” kata JPN dalam satu kenyataan media.

JPN berkata, ini adalah reaksi terhadap klip video tular yang mendakwa bahawa 54,000 warga China telah menunggu permohonan kewarganegaraan dan akhirnya mereka akan menjadi “pengundi DAP”.

Advertisements

Klip video itu berdasarkan sidang media yang disampaikan oleh Saifuddin pada 8 Januari lalu.

“Semasa sidang media itu, Saifuddin telah berjanji JPN akan menilai 10,000 permohonan kewarganegaraan tahun ini.

“Komitmen ini adalah tindakan proaktif oleh KDN kerana berpandangan keperluan membuat keputusan dalam tempoh

yang wajar, antara lain bertujuan memberi keadilan kepada pemohon yang telah memohon sekian lama yang meliputi permohonan di bawah Perkara 15(2), 15A dan 19(1).

“Sekiranya permohonan mereka ditolak, mereka dapat mencari alternatif lain dalam meneruskan kehidupan di negara ini ataupun di negara lain,” kata JPN.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan