Tuesday, June 16, 2026

MyKid bukan dokumen wajib -JPN

Mesti Baca

KAD MyKid yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun di negara ini, bukanlah dokumen yang wajib dimiliki.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misman, berkata kira-kira 160,000 permohonan MyKid diproses JPN sejak 2021 dengan sekitar 40,000 dokumen itu sudah diserahkan, bergantung pada bekalan mikrocip yang diterima jabatan itu.

Beliau berkata, pemohon yang belum menerima MyKid bagaimanapun tidak perlu bimbang, kerana pemilikan dokumen itu tidak diwajibkan.

“Saya hendak menjelaskan bahawa MyKid bukan satu dokumen yang wajib ada. paling penting dan perlu ada ialah sijil kelahiran yang dikeluarkan JPN.

“MyKid adalah dokumen tambahan. Sebenarnya, tidak perlu bimbang dan tidak akan kena tangkap kalau tiada MyKid tidak ada masalah,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari JPN Kali Ke-75 di Masjid Darul Murthada di Kampung Telok, Sungai Petani, Kedah, semalam.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Urusan Murthada Dakwah Centre (MADAD), Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof.

Pada program itu, Zamri turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM8,197.90 daripada hasil kutipan warga JPN kepada MADAD.

Sebelum ini, media melaporkan rungutan segelintir waris kerana belum menerima MyKid yang dimohon.

Zamri berkata, mereka yang mempunyai keperluan mendesak untuk mendapatkan dokumen itu, boleh menghubungi pejabat JPN terdekat.

Sementara itu, Mohammad Yaakub berkata, penganjuran Sambutan Hari JPN yang dihadiri kira-kira 1,500 pengunjung dan wakil agensi berkenaan, memudahkan penduduk setempat untuk berurusan. -Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan