26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

JPN pandang serius amalan rasuah, salah guna kuasa

JPN sama sekali tidak berkompromi terhadap sebarang amalan tersebut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memandang serius laporan jabatan itu disiasat berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Tegas, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misman menjadi prinsip JPN yang sama sekali tidak berkompromi terhadap sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan kakitangan jabatan itu.

“JPN kekal komited menangani gejala rasuah di peringkat jabatan dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen-dokumen pengenalan diri secara berterusan serta mengadakan pelbagai program pengukuhan integriti kakitangan.

“Ia bagi memastikan tiada sebarang ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mendedahkan dua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri sedang disiasat berhubung dakwaan amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pegawainya.

Advertisements

Perdana Menteri menjelaskan, dua agensi itu ialah Jabatan Imigresen Malaysia dan JPN.

Dalam pada itu, Zamri mengingatkan orang ramai bahawa tiada ejen atau orang tengah yang dilantik bagi sebarang urusan di JPN.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya jangan mempercayai sebarang tawaran perkhidmatan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengenakan sebarang bayaran.

“Maklumat mengenai prosedur permohonan dan bayaran-bayaran yang dikenakan boleh dirujuk di portal rasmi JPN atau boleh hadir ke mana-mana 212 pejabat JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan