Monday, June 15, 2026

Pemuda UMNO akan pastikan BN menang di Selangor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO akan berusaha sehabis baik untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Selangor pada Pilihanraya Negeri, akan datang.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata pihaknya memegang prinsip bahawa pemimpin adalah untuk membela rakyat.

“Terima kasih orang-orang Selangor. Insya-Allah kita usaha sehabis baik untuk kemenangan di Selangor.

“Pemimpin adalah untuk membela rakyat, bukan untuk membela pemimpin. Ini masa kita dengan cara kita,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook.

Terdahulu, beliau dalam siri jelajah Ketua Pemuda UMNO Malaysia ke Negeri Pilihanraya di Selangor membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang, DUN Jeram.

Dr Akmal pada siri jelajah Ketua Pemuda UMNO Malaysia ke Negeri Pilihanraya di Selangor semalam.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini dilaporkan yakin dapat mengekalkan majoriti dua pertiga kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, sasaran itu bersandarkan prestasi pentadbiran kerajaan negeri yang diterajuinya selain barisan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang berfungsi dengan baik.

Malah Amirudin berkata, tidak mustahil untuk PH dan parti-parti yang bekerjasama dengannya mengulangi kejayaan besar yang dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu. -Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan