28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Keputusan permohonan ke universiti awam Jumaat ini – KPT

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELAJAR lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh mula menyemak keputusan permohonan bagi melanjutkan pengajian ke institusi pengajian awam pada 7 Julai ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, semakan itu bagi keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) peringkat sijil, asasi dan diploma sesi akademik 2023/2024.

Katanya, keputusan boleh disemak mulai 7 Julai bermula pukul 12 tengah hari hingga 16 Julai pukul 5 petang melalui beberapa platform.

“Pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula 8 hingga 16 Julai ini di laman web institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA).

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 8 Julai setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

KPT berkata, hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 7 Julai pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang 16 Julai.

“Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

“Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023/2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan