25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Permohonan tangguh kes rasuah Rosmah didengar 7 Julai

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

Mahkamah Rayuan menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi menangguhkan pendengaran rayuan dijadualkan pertengahan bulan ini untuk membatalkan sabitan rasuah serta hukuman ke atasnya.

Peguam Akberdin Abdul Kader yang mewakili isteri bekas perdana menteri itu mengesahkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan itu.

Akberdin menambah pasukan pembelaan Rosmah serta pihak pendakwaan telah bertukar dokumen untuk perbicaraan.

Rayuan rasuah Rosmah melibatkan projek tenaga hibrid solar RM1.25 bilion untuk 369 sekolah di Sarawak pada mulanya ditetapkan untuk perbicaraan di Mahkamah Rayuan (bidang kuasa jenayah), 11 Julai ini.

Bagaimanapun, bulan lalu Rosmah dilaporkan berusaha untuk menangguhkan perbicaraan rayuan utama kes rasuah solarnya sementara menunggu penyelesaian satu lagi rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Advertisements

Rayuan di mahkamah tertinggi itu adalah berhubung permohonannya untuk mendapatkan kelulusan bagi memulakan cabaran di mahkamah sivil untuk membatalkan keseluruhan kes rasuah terhadapnya.

Pada 1 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi (bidang kuasa jenayah) Kuala Lumpur mendapati Rosmah bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta ke atasnya.

Bagaimanapun isteri Datuk Seri Najib Razak itu memperoleh penangguhan pelaksanaan terhadap hukuman tersebut sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Berhubung cabarannya di mahakamah sivil, Rosmah berhujah bahawa kes rasuah solar terhadapnya adalah terbatal dari awal kerana pelantikan tidak sah bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kes itu. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan