30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

Rosmah bebas, lepas daripada 17 pertuduhan kes AMLA, LHDN

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan dan melepaskan Datin Seri Rosmah Mansor atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Hakim K. Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonam Rosmah 73, untuk membatalkan kesemua 17 pertuduhan itu.

Ketika membacakan keputusannya, beliau berkata, mahkamah mendapati pertuduhan yang dikenakan ke atas isteri bekas perdana menteri yang kini dipenjarakan, Datuk Seri Najib Razak itu tidak menyatakan secara lengkap kesalahan yang dilakukan.

“Pertuduhan yang dirangka untuk kesalahan pengubahan wang haram tidak mendedahkan kesalahan sedemikian atas alasan yang telah saya nyatakan,” katanya seperti dilapor Utusan TV.

Dalam undang-undang yang telah ditetapkan, sesuatu pertuduhan hendaklah dirangka sedemikian rupa agar tertuduh mengetahui dengan jelas, khusus, dan terperinci mengenai kes yang perlu dihadapinya, tanpa tertinggal dalam keadaan samar mengenai undang-undang mana yang telah dilanggarnya.

Advertisements

Sebelum ini, pihak pembelaan menghujahkan pertuduhan bagi kesalahan pengubahan wang haram yang dihadapi Rosmah adalah cacat dan mengelirukan.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) AMLATFPUAA 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Sementara itu, bagi pertuduhan berkaitan LHDN, Rosmah didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018.

Rosmah didakwa gagal melakukannya seperti mana yang diperuntukkan oleh Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan tiada sebab munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan