28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Bicara kes AMLA Rosmah ditangguh ke Ogos depan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan kes Datin Seri Rosmah Mansor, atas 17 tuduhan pengubahan wang haram RM7.1 juta dan pengelakan cukai, pada 24 Ogos ini.

Penangguhan itu susulan representasi difailkan Rosmah bagi menggugurkan pertuduhan berkenaan.

Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy, membuat keputusan itu bagi memberi masa kepada pendakwaan untuk mempertimbangkan representasi terbabit.

“Tarikh ditetapkan untuk bicara sebelum ini iaitu 28 dan 30 Jun, 6, 7, 28 dan 31 Julai, 1, 2, dan 11 Ogos dilapangkan, bicara akan mula 24 Ogos.

“Jaminan terhadap tertuduh dilanjutkan dan jika representasi itu diterima, ia perlu diberitahu kepada mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, berkata pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan untuk menyediakan laporan kepada pihak atasan susulan representasi difailkan.

Menurutnya, kajian perlu dibuat berhubung isu perundangan serius diketengahkan dalam representasi yang rumit dan ada fakta baharu.

Advertisements

Rosmah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 4 Oktober 2018, sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Beliau yang juga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berdepan 12 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750.

Selain itu, beliau turut menghadapi lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017.

Pada 1 September 2022, Hakim, Mohamed Zaini Mazlan, mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Hakim itu juga Kes memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.

Mohamed Zaini juga membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan yang akan didengar selama empat hari bermula 11 Julai ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan