23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Kes Rosmah: Akmal anggap pengakuan Anwar ‘berani’

Mesti Baca

PENGAKUAN ‘berani’ Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan segala tohmahan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor hanya sekadar fitnah jahat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, ini dibuktikan apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan isteri Datuk Seri Najib Razak itu daripada segala pertuduhan yang dihadapi beberapa hari lepas.

Lebih jelas, kata beliau, Anwar sendiri secara berani mengaku bahawa tuduhan terhadap beberapa individu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 adalah cacat bersifat terburu-buru.

“Terima kasih PMX (Anwar). Satu pengakuan yang berani. Jadi segala tohmahan terhadap datin seri Rosmah dulu hanyalah sekadar fitnah jahat yang mahu menjatuhkan kerajaan BN dahulu apabila beliau dilepaskan dari segala pertuduhan yang dihadapi oleh beliau beberapa hari lepas.

“Cincin Rosmah, Rosmah itu, Rosmah ini semuanya Allah telah tunjukkan kebenarannya pada hari ini.

“Kasihankeluarga Datuk Seri Najib Razak yang menanggung semua tuduhan liar ini,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Akmal yang juga ADUN Merlimau mengulas laporan media yang memetik kenyataan Anwar berhubung pembebasan Rosmah daripada 17 pertuduhan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu.

Media tersebut memetik Anwar sebagai berkata, kes pertuduhan bermula sekitar tempoh itu digambarkan dibuat “penuh racun dan permusuhan.”

“(kes dituduh disertai) dendam politik daripada pihak yang berkuasa ketika itu,” kata Anwar seerti dilapor media tersebut.

Najib dan isteri, Rosmah sebelum ini dilempar dengan pelbagai tuduhan oleh pihak pembangkang ketika itu bagi menunjukkan kebobrokan sepanjang bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjadi Perdana Menteri.

Antaranya tuduhan bahawa Rosmah membeli dan memiliki sebentuk cincin berlian merah jambu bernilai RM24 juta dan pemilik syarikat e-hailing Grab.

Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Rosmah itu mencetuskan kemarahan rakyat , yang dipercayai menjadi salah satu punca kekalahan BN buat pertama kali dalam PRU tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan