23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Balai Seni Negara anjur Sayembara Lukisan dan YAE! di GMBB

Mesti Baca

BALAI Seni Negara telah menganjurkan dua program iaitu Sayembara Lukisan: Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa dan Young Art Entrepreneurs (YAE!) – Generation: Artpreneur di GMBB Kuala Lumpur.

Menampilkan 13 pengkarya dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta, Sayembara Lukisan: Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa menampilkan 142 karya terdiri 123 karya catan, 11 arca dan lapan video.

“Program ini juga bertujuan mendorong generasi muda untuk lebih terlibat dalam bidang sastera sambil menjadikan sastera sebagai wadah penyatuan pelbagai lapisan masyarakat.

“Usaha ini adalah langkah penting dalam memperkasa budaya dan seni tanah air agar terus relevan dan dihargai oleh semua pihak,” kata Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad.

Beliau berkata, program tersebut memberi tumpuan kepada penghasilan karya seni visual yang diinspirasi daripada naskhah agung sastera seperti novel klasik dan cerpen karya sasterawan terkemuka.

Katanya, ia bermatlamat mempromosikan bidang seni dan sastera secara serentak serta menggalakkan kreativiti dan inovasi pelajar dalam mempersembahkan interpretasi seni yang mendalam.

Sementara itu, program YAE! – Generation: Artpreneur yang menggabungkan seni dan keusahawanan sebagai aspirasi kepada generasi muda yang kreatif dan inovatif.

Advertisements

Kohort ke-10 itu menampilkan 17 peserta dengan pendekatan segar dalam usaha melahirkan usahawan seni yang berdaya saing.

“YAE! dianjurkan sejak tahun 2017 yang bertujuan untuk memberi persediaan kepada penggiat seni muda dalam melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ ciri keusahawanan.

“Sehingga kini, program ini telah melahirkan seramai 155 orang usahawan seni,” kata Amerrudin.

Katanya, sepanjang program itu, para peserta didedahkan dengan asas keusahawanan, kaedah pengurusan projek, teknik promosi dan pemasaran serta kaedah membina Business Model Canvas yang betul.

Para peserta juga dilatih untuk membangunkan produk dan perkhidmatan mereka mengikut kesesuaian pasaran seni dengan bimbingan pakar keusahawanan serta pakar industri.

Sayembara Lukisan: Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa dipamerkan bermula 14 Disember 2024 hingga 31 Januari 2025 manakala pameran akhir YAE! – Generation: Artpreneur bermula 14 hingga 22 Disember 2024 di GMBB Kuala Lumpur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan