29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Ada ‘kacang hantu’ dalam JPN, Imigresen – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEWUJUDAN ‘kacang hantu’ dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen (JIM) telah mencemarkan nama baik kedua-dua agensi kerajaan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelompok tersebut perlu dibantas segera kerana tindakan mereka mengakibatkan jabatan mereka menjadi mangsa tohmahan dan tuduhan.

Beliau yang pernah menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menafikan kehadiran mereka namun berkata adalah tidak adil melemparkan tuduhan tanpa melakukan siasatan terperinci.

“Saya pernah berada di kementerian itu dan dua jabatan ini banyak mendapat tuduhan rambang, jadi untuk mengelakkan perkara tersebut Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengambil langkah supaya siasatan dijalankan.

Advertisements

“Cukup adil jika siasatan dapat dilakukan untuk melakukan pencerahan. Jika ia benar mesti diperbaiki, jika ia tidak benar mesti dilakukan pencerahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri semalam dilaporkan berkata, JIM dan JPN sedang disiasat pihak berkuasa berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Ahmad Zahid berkata, yang penting sekarang adalah keberkesanan langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan kewujudan “kacang hantu” itu daripada menjadi berleluasa. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan