28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

USM ungguli Hadiah ASM Artscience 2022

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

WAKIL Universiti Sains Malaysia (USM) muncul pemenang Hadiah Utama Artscience Akademi Sains Malaysia (ASM) 2022 dengan penciptaan rumah lebah, The Crown.

USM diwakili oleh Dr. Mohd. Zulkifli Mustafa, Dr. Rohimah Mohamud dan Dr. Lidawani Lambuk berjaya memenangi hadia utama pertandingan dwitahunan tersebut menewaskan 57 karya seni lain.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, ASM ArtScience akan menggalakkan masyarakat untuk melihat masalah daripada perspektif baharu dan menghasilkan penyelesaian bersifat insani dan inovatif.

“Melalui ArtScience, kita dapat merangsang minda, memupuk rasa ingin tahu, dan memberi inspirasi kepada generasi pemikir kreatif dan penyelesai masalah yang akan membentuk masa hadapan. 

The Crown ciptaan Universiti Sains Malaysia (USM) muncul pemenang Hadiah ASM Artscience 2022.

“Daripada perspektif pembudayaan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhasrat untuk mewujudkan ruang dimana artis dan saintis boleh bekerjasama dan berkongsi idea,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Pemenang ASM ArtScienceTM Prize 2022 hari ini.

Advertisements

Hadiah ASM ArtScience ialah pertandingan dwitahunan yang menjemput peserta daripada pelbagai latar belakang untuk mencipta karya seni yang memperbaiki kehidupan manusia melalui pendekatan antara disiplin sains, teknologi dan seni. 

Pertandingan ini turut menjadi inisiatif yang pertama ditubuhkan di Malaysia bagi meraikan komuniti artis-saintis.

Boxxie-Head karya wakil Universiti Teknologi Mara (UiTM) merangkul Anugerah Pilihan Awam.

Dalam pada itu, Dua wakil Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul pemenang Anugerah Rising Star dengan ciptaan bertajuk Black and White dan turut merangkul Anugerah Pilihan Awam dengan penciptaan Boxxie-Head.

Pemenang Hadiah ASM ArtScience 2022 akan menerima RM20,000, sijil/plak dan penempatan residensi.

Anugerah Rising Star akan menerima RM10,000, sijil/plak dan penempatan residensi, manakala Anugerah Pilihan Awam pula akan menerima RM5,000 dan sijil/plak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan