25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Hamad Kama Piah dilantik Pengerusi Mara Corp

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dilantik sebagai Pengerusi Mara Corporation (Mara Corp) yang baharu.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelantikan tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Dengan pengalaman luas Hamad Kama Piah dalam mengemudi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) besar seperti PNB dan beberapa syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia.

“Ini termasuk mempelopori beberapa skim pelaburan seperti ASN, ASB, ASW dan lain-lain diharapkan mampu melonjakkan lagi prestasi pelaburan dan penjanaan perniagaan Mara Corporation.

Advertisements

“Ini sekaligus mampu meningkatkan dana Mara bagi memperkasakan agenda pembangunan sosio-ekonomi Melayu-Bumiputera,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, Mara Corp merupakan institusi di bawah Mara yang bertanggungjawab menguruskan anak-anak syarikat Mara dalam sektor pelaburan dan pelbagai cabang perniagaan. 

Katanya, salah satu daripadanya ialah Pelaburan Mara Berhad.

“Yang paling penting Mara tidak akan pernah berkompromi dalam aspek tadbir urus, tata kelola yang baik bagi memastikan tidak berlakunya pembaziran, ketirisan dan salah laku yang boleh menjejaskan integriti,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan