26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Tular: Proses Perkahwinan Sivil oleh Saifuddin bukan ritual agama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROSES pendaftaran Perkahwinan Sivil oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sepertima mana video tular di media sosial hari ini tidak melibatkan, tidak menyerupai, tidak melambangkan dan tidak dipengaruhi dengan mana-mana ritual keagamaan atau adat sesuatu kaum.

Sebaliknya, kata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi kenyataannya, sesi pendaftaran perkahwinan yang dijalankan di JPN Putrajaya itu adalah berlandaskan undang-undang sivil di bawah Akta 164.

“Lafaz ikrar yang dituturkan oleh pendaftar adalah perkataan yang terkandung dalam Seksyen 23, Akta 164 yang berbentuk keterangan sifat perkahwinan sivil semata-mata.

“Ianya juga persetujuan dan kesanggupan pasangan menerima perkahwinan tersebut dengan rela hati tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Malah sesi pendaftaran Perkahwinan Sivil dengan menteri ini diadakan sebagai acara istimewa untuk pasangan terpilih ketika sambutan Hari Pendaftaran Negara setiap tahun,”menurut kenyataan itu.

Advertisements

JPN turut menjelaskan, agensi tersebut bertanggungjawab melaksanakan pendaftaran perkahwinan sivil serta merekodkan maklumat perkahwinan dan perceraian bagi bukan Islam selaras dengan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164].

“Berdasarkan akta ini, Menteri Dalam Negeri merupakan menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran perkahwinan sivil yang mana membolehkan beliau melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.

“Selain Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Pengarah Pendaftaran Negeri serta pegawai dan kakitangan JPN yang bertugas di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian sebagai Timbalan Pendaftar Perkahwinan turut diberikan kuasa tersebut,”kata JPN.

Justeru, JPN berkata,orang ramai perlu berhenti menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara.

Hari ini, tular di media sosial menerusi rakaman video yang memperlihatkan Saifuddin membaca lafaz ikrar pada Perkahwinan Sivil sempena Majlis Sambutan Jubli Intan JPN di Ibu Pejabat JPN Putrajaya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan