23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Mohd Rosli terima pemakaian pangkat Laksamana Maritim

Mesti Baca

KETUA Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.

Upacara pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu majlis ringkas di Putrajaya hari ini.

Mohd Rosli berkata, pemakaian pangkat itu mencerminkan pengiktirafan tertinggi KDN kepada beliau di sepanjang kerjayanya dalam perkhidmatan awam dan sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia.

Beliau menyatakan komitmen untuk terus menggalas tanggungjawab yang diberi dengan membawa reformasi kepada perkhidmatan dan pengoperasian Maritim Malaysia.

“Teras Tujuh yang saya perkenalkan selepas dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia diharap akan memperkasakan Maritim Malaysia dan terus cemerlang seiring visi Maritim Malaysia untuk menjadi agensi penguatkuasaan maritim terbaik di dunia menjelang 2040,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu isteri Mohd Rosli, Datin Noriyanti Mohd Noor.

Advertisements

Mohd Rosli berkata, penganugerahan pangkat itu adalah amanah besar yang akan saya pegang dengan penuh tanggungjawab demi kemajuan Maritim Malaysia. 

“Saya bertekad untuk terus memperkukuhkan keupayaan operasi Maritim Malaysia dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan perairan negara, sekaligus membina kepercayaan rakyat terhadap agensi ini,” kata beliau.

Beliau juga menyatakan komitmen untuk terus menjalankan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan keupayaan Maritim Malaysia dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks di perairan negara.

Mohd Rosli merupakan Ketua Pengarah Maritim Malaysia ketujuh selepas dilantik pada 17 September lalu.

Beliau sebelum ini merupakan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan